Thursday, 22 December 2022

BILA LAGI SIDANG PARLIMEN BOLEH BERSOPAN?

oleh
Mohd Puad Zarkashi

Saya pernah menjadi ahli Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Sekarang saya ADUN dan Speaker Dewan  Negeri Johor.

Apabila menyaksikan persidangan parlimen yang baru tamat semalam menjadikan saya rasa malu. Bukan sahaja malu kepada rakyat tetapi malu kepada dunia luar. 

Dulu saya dalam dewan, sekarang saya di luar. Baru saya nampak buruknya gelagat ahli parlimen terjerit jerit sampai keluar perkataan beruk dan kera. 

Saya perlu mengaku, kini saya insaf kerana pernah terlibat dengan sidang yang kecoh seperti itu. Saya ahli Parlimen dari 2008-2013.

Tetapi apakah budaya kecoh perlu berterusan. Rakyat yang tekun mendengar ahli Parlimen berhujah turut terganggu bila yang berhujah diganggu oleh ahli parlimen tidak berdisiplin.

Ada yang mencadangkan supaya parlimen menggunakan budaya Mahkamah bila berhujah. Pendakwa dan peguambela berdebat secara bersopan. Mereka hormat arahan hakim.

Bolehkah itu dibuat? Masalahnya ramai ahli parlimen adalah Peguam dan ada bekas hakim. Tetapi bila masuk parlimen, mereka  lagi kuat menjerit dan tidak patuh arahan Speaker. 

Justeru perlukah standing order parlimen dipinda supaya lebih ketat? Kalau Akta Anti Lompat Parti boleh dibuat maka amat wajar juga Peraturan Tetap Dewan dipinda..

Antaranya tidak lagi dibenarkan pencelahan semasa ahli Dewan sedang bercakap

Mungkin boleh dicontohi Standing Order Perkara 45 (2) Dewan Negeri Johor di mana pencelahan tidak dibenarkan melainkan jika menyalahi peraturan mesyuarat.

Ini membolehkan setiap ahli Dewan dapat berhujah, mengkritik, menegur dan memberi pandangan dengan lancar tanpa gangguan.

Monday, 19 December 2022

Tokmuda Tokwan:#MenolehKebelakang Najib Saman AmBank dan Joana Yu dll.

Isu saman ini sepatutnya Ds. Najib tuntut ganti rugi maruah yang dicemari dalam konpirasi ini. Tapi, Ambank bersetuju untuk menyelesaikan kesalahan-kesalahan ini dengan membayar RM2.83 bilion kepada kerajaan.
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790581/ammb-holdings-buat-penyelesaian-rm283-bilion-berkaitan-1mdb

Dari kongsian Ds. Najib Razak 
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157729805880952&id=157851205951&mibextid=Nif5oz

Ramai yang tidak tahu bahawa pada tahun Disember 2019 lepas, saya pernah saman Ambank setelah satu persatu bukti terkeluar tentang penglibatan pegawai-pegawai mereka dalam kes 1MDB.

Saman Najib terhadap AmBank perlu bicara penuh
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/08/611327/saman-najib-terhadap-ambank-perlu-bicara-penuh

dan di sini: https://www.malaysiakini.com/news/503159

Pada mulanya, pendakwaraya dan pihak SPRM dalam kes SRC tidak mahu memberi akses untuk butiran dan transaksi akaun Ambank saya supaya saya boleh membela diri.

Lalu kita menang dan diberi akses.

23 Julai 2019: Mahkamah benar permohonan Najib akses dokumen bank
https://www.sinarharian.com.my/article/39465/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-benar-permohonan-Najib-akses-dokumen-bank

Selepas itu, pendakwa raya tidak mahu memberi akses kepada kita untuk rekod perbualan pegawai bank Ambank dengan Jho Low.

Lalu kita menang dan diberi akses.

"25 Julai Mahkamah benar pasukan Najib akses baki log perbualan BBM saksi"
https://www.sinarharian.com.my/article/39887/BERITA/Mahkamah/Mahkamah-benar-pasukan-Najib-akses-baki-log-perbualan-BBM-saksi

Dari semua transkip perbualan dan penyemakan semula pegawai bank dalam mahkamah oleh peguam saya, kita dapati bahawa:

Pegawai bank telah berkomplot dengan Jho Low untuk:
1. Menyorok butiran dan kewujudan akaun saya dari saya dan pegawai saya.

Ini termasuk bila satu penyata akaun pernah dihantar kepada saya dan saya arahkan pegawai saya untuk check siapakah yang kendalikan akaun tersebut sebab saya tak kenal nama tersebut.

"Joanna juga memaklumkan kepada Jho Low bahawa Hafiz ada menghubungi pusat panggilan AmBank selepas PMO menerima penyata tahunan akaun Najib dari AmBank dan nama Nik Faisal tertera pada penyata itu.

“Dato Seri (Najib) meminta beliau (Hafiz) untuk menyemak dengan bank memandangkan beliau tidak kenal siapa Nik. Jadi sebab itu Hafiz telefon untuk dapatkan kepastian,” kata Joanna kepada Jho Low.

Kemudian Jho Low membalas: “Anda perlu menguruskan hal ini. Sangat bahaya. Jangan hantar apa-apa daripada akaun itu selepas ini. Terutamanya daripada pengetahuan MNR (kod nama untuk Najib). Tolong beritahu kepada Mr Cheah (Tek Kuang) dan pengurusan kanan dan pastikan tiada siapa boleh akses atau mengambil gambar kad pengenalan tersebut.”

“Jangan hubungi PMO lagi,” kata Jho Low.
https://www.facebook.com/kelabnajibrazak/posts/2341858986133137?__tn__=%2CO*F

Sengaja menyorok butiran akaun dan tidak menghantar penyata akaun kepada saya adalah satu kesalahan di bawah akta bank.

2. Terdapat lebih 30 kali di mana akaun saya tidak cukup baki wang dalam akaun untuk membiayai cek-cek ditulis saya tetapi pegawai bank telah halang bank berhubung dengan saya atau menolak cek saya.

Ini adalah kerana surat dari Arab Saudi yang saya terima memberitahu bahawa jumlah dana yang dihantar mereka adalah besar dan masa saya tulis cek, saya yakin dana tersebut ada dalam akaun  saya.

Jika saya tahu baki sebenar akaun saya kalau cek ditolak, saya akan syaki kesahihan surat-surat penderma yang dihantar kepada saya dan bank. 

Rupanya dana sebenar diterima saya adalah lebih kecil tetapi pegawai bank telah menyorok fakta ini daripada saya termasuk menggunakan duit sendiri untuk memastikan cek yang saya tulis tidak ditendang sebab baki tidak cukup.

"31 Julai 2019: Joanna Yu may have used own money to cover overdraft in Najib's AmBank account"
https://www.theedgemarkets.com/article/joanna-yu-may-have-used-own-money-cover-overdraft-najibs-ambank-account

Ini juga melanggar akta BNM.

3. Tanpa kebenaran saya, pegawai-pegawai bank telah memberi akses kepada beberapa orang untuk akses akaun bank atas nama saya. Ini melanggar akta BNM.

Sebab itu, saya telah saman Ambank.

Akhirnya Ambank bersetuju untuk menyelesaikan kesalahan-kesalahan ini dengan membayar RM2.83 bilion kepada kerajaan.

"26 Feb 2021: AMMB Holdings buat penyelesaian RM2.83 bilion berkaitan 1MDB"
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2021/02/790581/ammb-holdings-buat-penyelesaian-rm283-bilion-berkaitan-1mdb

Ini agak sama dengan kes Goldman Sachs tahun lepas yang bersetuju dan telah bayar RM16.3 bilion kepada kerajaan sebab pegawai Goldman Sachs pernah mengaku dalam mahkamah di Amerika Syarikat bahawa mereka membayar sogokan dan rasuah kepada beberapa pegawai kerajaan dan 1MDB.

"NEW YORK: Goldman Sachs Group Inc dan kerajaan Malaysia memeterai perjanjian bagi memuktamadkan penyelesaian skandal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) bernilai AS$3.9 bilion (RM16.3 bilion).
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/722714/goldman-sachs-kerajaan-muktamad-penyelesaian-skandal-1mdb

Barisan peguam saya telah memohon dalam makhamah Amerika Syarikat pada akhir tahun lepas untuk mendapat senarai pegawai-pegawai 1MDB dan Malaysia (saya dan keluarga saya tidak terlibat) yang disogok Goldman Sachs.

Akhirnya mahkamah Amerika Syarikat benarkan permohonan kami dan sebab inilah peguam saya mohon untuk berhenti menyemak semula saksi kes 1MDB yang juga pegawai 1MDB dan menangguhkan kes 1MDB sehingga kita menerima senarai pegawai-pegawai yang disogok dari mahkamah Amerika Syarikat.

Malangnya, hakim menolak tapi dia kata dia bersimpati dengan kita.

Ini kerana hakim faham bahawa situasi akan banyak berubah jika saksi-saksi pendakwaan yang sudah atau sedang disemak semula adalah termasuk dalam senarai pegawai-pegawai yang diakui disogok Goldman Sachs.

Tapi hakim kata perbicaraan perlu diteruskan sebab ini kes berprofil tinggi.

"Pihak pembelaan boleh memangil semula mana-mana saksi pendakwaan untuk disoal semula sekiranya ada keperluan, atau sekiranya ada sebarang maklumat berkaitan perkara itu di mahkamah Amerika Syarikat. Saya bersimpati dengan situasi anda, tapi kita perlu meneruskan perbicaraaan kes rasuah 1MDB ini,” kata hakim berkenaan."

"16 Feb 2021: Mahkamah Tinggi tolak permohonan Najib tangguh perbicaraan 1MDB"
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mahkamah-tinggi-tolak-permohonan-najib-tangguh-perbicaraan-1mdb-283210

Kita sama-sama tunggu pengakhirannya.

Oleh Kang Nasir
15hb. Dec 2022
#PascaPRU15
#Siasat600b #TNR💪 #MalaysiaBerdoa🇲🇾 
#NegaraTercinta🇲🇾💪🏻

Impak Besar Negara Selepas Perjanjian Persefahaman Negara

1. Perjanjian Persefahaman Kerjasama untuk membentuk kerajaan gabungan yang dikenali sebagai Kerajaan Perpaduan Malaysia adalah suatu inisiatif jangka panjang untuk memastikan kestabilan politik negara berada dalam tahap terbaik dan kukuh, maka fokus kepada isu ekonomi dan rakyat dapat diutamakan.

2.  Fokus ekonomi perlu diberikan perhatian segera lebih-lebih lagi persediaan negara mendepani suasana ekonomi yang lembap. Malah Bank Dunia menjangkakan peningkatan agresif terhadap dasar kadar faedah di negara-negara seluruh dunia akan membawa kepada kemelesetan ekonomi global pada 2023. Implikasinya adalah tahap permintaan akan berkurangan akibat kadar faedah yang tinggi yang seterusnya merencatkan ekonomi dunia.

3.  Terdapat juga kemungkinan Amerika sebagai kuasa ekonomi dunia akan terjerumus dalam masalah ekonomi dan ini memberikan kesan langsung yang tidak baik kepada dunia.

4. Maka fokus Kerajaan Perpaduan mendepani pelbagai cabaran dalam urusan ekonomi dan kewangan negara perlu mendapat keutamaan daripada berpolitik sepanjang masa.

5. Langkah kerajaan memastikan tariff elektrik tidak meningkat untuk memastikan harga barangan dan perkhidmatan tidak terkesan adalah langkah permulaan kerajaan untuk lebih serius menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

6. Banyak lagi usaha untuk membantu mengurangkan potensi kenaikan harga barang dan perkhidmatan dijangka akan diumumkan. Kesemua usaha ini perlu penelitian dan fokus terlebih dahulu untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat.

7. Tempoh 5 tahun bukanlah tempoh lama untuk untuk memulihkan ekonomi negara. Maka, ketenangan politik dalam tempoh masa ini adalah penting agar rakyat Malaysia dapat bersama-sama bekerjasama dengan kerajaan untuk membina negara yang lebih baik dan kembali disegani di mata dunia.

8. Naratif Melayu dan Islam yang dibawa oleh Kerajaan Perpaduan jelas menunjukkan aspek yang lebih moderate dan progresif.

Seri Perdana kini bukan lagi dilihat sebagai lingkungan elit tetapi telah menjadi medan awam terbuka bagi rakyat dengan berlangsungnya majlis dan program-program agama dan ilmiah setiap minggu.

Sudah pasti ini mencatat sejarah apabila Seri Perdana dibuka kepada rakyat biasa sebagai tempat menimba ilmu dan menjalinkan hubungan muhibbah rakyat di negara ini. Maka, jurang rakyat dan pemimpin negara dapat dirapatkan.

9. Dalam konteks Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, peluang tempoh kerajaan bagi penggal ini juga akan dipenuhi dengan pelbagai usaha untuk memastikan  pemugaran (rejuvenation) dan rekayasa sosial (social engineering) akan melimpah dan dirasai oleh warga desa dengan sebaik-baiknya.

10. Rekayasa sosial ini menuntut pihak kerajaan, institusi, malah parti politik untuk memainkan peranan penting memulihkan sikap dan tingkah laku masyarakat dengan membawa agenda pembangunan yang lebih progresif.

11. Konsep Desa perlu diberikan makna yang lebih dinamik dan sesuai dengan perubahan dan arus pembangunan. Maka desa yang tradisional sebagai kawasan lingkungan yang mempunyai konotasi negatif harus dikikis sesuai dengan perubahan zaman.

12. Saya menyarankan agar konsep Kemajuan Desa diperluaskan dan diberikan makna besar sesuai dengan komitmen Kementerian yang diterajui saya ini.

Justeru Kemajuan Desa akan didorong 4 imperatif utama: 
D: Data & Digital
E: Ekonomi
S: Sosial & Sahsiah
A: Akses dan Alam Sekitar

Setiap imperatif akan ada huraiannya yang tersendiri dan akan saya kongsikan dari semasa ke semasa.

13. Sudah pasti saya memerlukan maklum balas  semua warga desa dan bukan desa bagi tujuan ini. Amat penting bagi kita yang majoriti kita berasal daripada desa untuk meningkatkan penyertaan idea-idea pembangunan desa.

14. Di sinilah kita perlu bersatu hati, memupuk kerjasama, melupakan kulit ideologi politik bagi bersama-sama membangunkan negara.

15. Kata peribahasa, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri’. Maksudnya walaupun indah hidup di negeri orang,  sebenarnya lebih bahagia hidup di negeri sendiri.

#KestabilanPolitik
#MembinaKemakmuran
#MendukungKesejahteraan

KRONOLOGI PERISTIWA TERBENTUKNYA KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA ATAS KEBIJAKSANAAN YDP AGONG: SEBUAH CATATAN PERIBADI

“Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi”. Demikianlah perumpamaan yang boleh digambarkan apabila masih ada yang mempertikaikan hikmah dan kebijaksanaan Tuanku Yang di-Pertuan Agong menyelesaikan konflik kepimpinan negara dalam tempoh yang singkat.

Sebagai salah seorang kepimpinan tertinggi parti yang berada dalam Dewan Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan menyaksikan setiap detik peristiwa yang berlaku, saya kongsikan catatan peribadi kronologi peristiwa yang berlaku sehingga terbentuknya KERAJAAN PERPADUAN MALAYSIA.

1. Pada 20hb November 2022,  SPR mengumumkan tiada parti yang memperolehi 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU-15. 
PH = 82
PN = 73
BN = 30
GPS = 23
GRS = 6
Warisan = 3
Lain-lain = 4
 
2. Berikutan keputusan itu, Istana Negara melalui kenyataan media pada jam 2.00 petang 20hb November memaklumkan YDP Agong telah meminta kerjasama Speaker Dewan Rakyat untuk meminta Ketua Parti dan Ketua Gabungan parti-parti yang mempunyai kerusi yang banyak memaklumkan gabungan parti yang dipersetujui untuk membentuk kerajaan dan mencadangkan nama Perdana Menteri sebelum jam 2.00 petang pada 21hb November 2022 (Isnin).
 
3. Pada 21hb November jam 10.00 pagi Pengerusi Barisan Nasional telah memanggil kesemua 30 wakil parti yang menang pada PRU-15 ke Ballroom Seri Pacific bagi satu perjumpaan. Empat wakil BN iaitu Sembrong, Simpang Renggam, Jelebu (demam) dan Kuala Pilah (alasan kesihatan) tidak hadir.
 
4. Hasil perjumpaan dipersetujui tiga perkara. Pertama menubuhkan Jawatankuasa Perundingan yang dianggotai oleh Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN, Presiden Parti-Parti Komponen BN - MCA, MIC dan PBRS serta Setiausaha Agung BN bagi berbincang dengan Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN). Keduanya bersetuju meminta Perdana Menteri Caretaker (DS Ismail) untuk menghadap YDP Agong bagi memohon penangguhan bagi membolehkan Barisan Nasional mengadakan rundingan dengan PH dan PN yang mempunyai kerusi yang banyak sebelum membuat keputusan. Ketiga bersetuju mesyuarat Dewan Tertinggi diadakan pada jam 3.00 petang.
 
5. Jam 11.30 pagi Jawatankuasa Perundingan BN telah bertemu dengan kepimpinan Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hotel Seri Pacific bersebelahan PWTC yang secara rasmi mengemukakan tawaran untuk mewujudkan gabungan bagi menubuhkan Kerajaan. Pengerusi BN menyatakan kepada Anwar bahawa BN akan bertemu dengan PN juga sebelum dibentangkan kedua-dua tawaran kepada Dewan Tertinggi BN dan MKT UMNO.
 
6. Jam 3.00 petang, Dewan Tertinggi dilangsungkan. Perdana Menteri Caretaker menyertai mesyuarat Dewan Tertinggi BN sejurus selesai menghadap YDP Agong. Beliau memaklumkan maklumat daripada Istana Negara bahawa terdapat 10 Ahli Parlimen BN telah menghantar surat sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri Ke-10 secara bersendirian. (Berulang lagi ‘Scheme of Thing’ Muhyiddin dan PN mencuri Ahli-Ahli Parlimen BN)
 
7. Dewan Tertinggi BN membuat keputusan semua yang terlibat perlu menarik semula surat sokongan dengan menandatangani Surat Akuan Bersumpah (SD) baharu untuk membatalkan sokongan mereka kerana tindakan secara bersendirian tersebut melanggar PERJANJIAN antara calon dengan parti dan akuan bersumpah yang lebih awal ditanda-tangani. Perjanjian tersebut jelas menyerahkan mandat mutlak kepada Pengerusi Barisan Nasional selaku Ketua Parti untuk merundingi soal pembentukan kerajaan. Sebarang tindakan memungkiri perjaniian akan memberi implikasi kehilangan kerusi yang dimenangi seiring dengan Akta Anti Lompat Parti.
 
8. Sehingga tengah malam 21hb November 2022, hanya tiga orang sahaja daripada 10 yang terlibat menandatangani Akuan Bersumpah menarik semula sokongan kepada Muhyiddin.
 
9. Pada 21hb November 2022 juga, GPS memberikan kenyataan menyokong Perikatan Nasional membentuk kerajaan bersama-sama dengan BN. Kenyataan ini berikutan mereka salah tanggap kononnya Barisan Nasional telah memberikan sokongan kepada Muhyiddin sebagai PM.
 
10. 22hb November sehingga jam 10.00 pagi belum semua daripada 10 yang memberikan sokongan kepada Muhyidddin menarik semula sokongan mereka.
 
11. Pengerusi BN selaku Ketua Parti telah melaksanakan haknya seperti mana yang telah dipersetujui oleh semua calon dalam Akuan Bersumpah ketika menerima watikah bertanding, bagi mewakili parti telah menghantar semua dokongan akujanji dan Akuan Bersumpah ke Istana Negara bagi memaklumkan pendirian Barisan Nasional.
 
12. Setelah jam 2 petang iaitu tamat waktu untuk semua parti dan parti bergabung memaklumkan pendirian kepada YDP Agong, 9 daripada 10 Ahli Parlimen BN telah menandatangani Akuan Bersumpah menarik semula sokongan daripada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Semua Akuan Bersumpah berkenaan telah disampaikan ke Istana Negara melalui e-mail seperti disyaratkan. Kemudian baharulah menyusul Akuan Bersumpah terakhir menarik semula sokongan kepada Muhyiddin.
 
13. Pada masa yang sama berlangsung sekali lagi Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang mencapai ketetapan agar semua pihak mengambil tempoh bertenang (cooling off period).
 
14.  Istana Negara mengeluarkan kenyataan memaklumkan disebabkan tiada mana-mana pihak yang mempunyai majoriti untuk membolehkan seorang Perdana Menteri dilantik. Ini kerana surat Pengerusi BN yang diutuskan telah menafikan mana-mana pihak punya majoriti. Disebabkan itu, YDP Agong telah menitahkan gabungan Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan untuk mengadap pada jam 4.30 petang.
 
15. Setelah selesai majlis menghadap, Perikatan Nasional melalui Pengerusinya, Muhyiddin Yassin memaklumkan beliau menolak titah YDP Agong tentang idea penubuhan Kerajaan Perpaduan. Manakala Pengerusi PH menyatakan persetujuan kepada idea penubuhan Kerajaan Perpaduan.
 
16. Seterusnya Istana Negara menitahkan 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional menghadap secara bergilir bermula jam 10 pagi pada 23hb November.
 
17. Jam 8.00 malam sekali lagi Dewan Tertinggi bermesyuarat dan disusuli dengan perjumpaan dengan semua 30 Ahli-Ahli Parlimen. Hasil mesyuarat dan perjumpaan, Barisan Nasional memohon penangguhan majlis menghadap secara berasingan 30 Ahli Parlimennya. Pemakluman ke Istana Negara dihantar pada tengah malam melalui e-mail.
 
18. 23hb November 2022 (Rabu), Istana Negara tetap menitahkan Pengerusi BN, Timbalan Pengerusi BN dan Setiausaha Agung BN menghadap Ke Bawah DYMM SPB Yang di-Pertuan Agong pukul 11 pagi. Dalam sesi mengadap itu, Barisan Nasional memberikan komitmen dan mempersetujui titah YDP Agong supaya sebuah kerajaan perpaduan ditubuhkan. Majlis menghadap kemudian disusuli oleh Ketua-ketua Parti GPS.
 
19. Istana Negara memaklumkan setelah proses menghadap semua Ketua-Ketua Parti / Parti bergabung selesai, Istana Negara memaklumkan satu Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja akan diadakan pada 24hb November bagi mendapatkan pandangan Raja-Raja Melayu dalam soal perlantikan Perdana Menteri Ke-10 dan pembentukan kerajaan.
 
20. Pada sebelah malam jam 9.30, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi telah diadakan. Setelah bermesyuarat hampir empat jam yang berakhir 1.30 pagi, MKT UMNO sebulat suara bersetuju menyokong dan menjunjung titah YDP Agong agar sebuah kerajaan perpaduan diwujudkan bersama dengan PH dan bukan diterajui PN. Ini dinyatakan secara jelas melalui kenyataan Media yang dikeluarkan pada pukul 1.45 pagi.
 
21. 24hb November, selepas Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja, Istana Negara mengumumkan perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10 setelah gabungan PH, BN dan parti-parti lain berjaya memperolehi majoriti melebihi 112 (PH:82 dan BN:30); dan Istiadat Mengangkat Sumpah telah berlangsung pada jam 5.00 petang.

22. GPS dengan 23 Ahli Parlimen juga mengumumkan perubahan sokongan kepada Anwar Ibrahim untuk bersama PH dan BN. Pengerusi GPS keluar kenyataan kekesalan kerana tertipu dengan mainan pihak tertentu yang menggambarkan BN menyokong menyertai gabungan PN.

23. 23 November, GRS dengan 6 orang Ahli Parlimen pula mengumumkan meninggalkan PN untuk menyokong Anwar Ibrahim dan bersedia diambil tindakan kerana mereka adalah ahli-ahli PPBM.

Kesimpulannya:

1. Tuanku YDP Agong dengan penuh kebijaksanaan dan amat cermat melaksanakan tugas baginda sebagaimana peruntukan Perlembagaan bagi memastikan proses perlantikan Perdana Menteri dilakukan secara adil dan mengambil kira pendirian parti-parti yang terlibat.

2. Tidak timbul sebarang manipulasi oleh pihak Istana jauh sekali cubaan sabotaj mana-mana pihak untuk menafikan hak perlembagaan mana-mana individu untuk membentuk Kerajaan.

3. Proses perundingan yang dilakukan oleh BN dengan PH dan PN dilakukan secara telus dan dibentangkan kepada Dewan Tertinggi BN dan Majlis Kerja Tertinggi UMNO sebelum memutuskan untuk akur dan menjunjung saranan titah YDP Agong bagi membentuk kerajaan perpaduan demi kestabilan dan kemakmuran rakyat dan negara.

4. Kegagalan ‘Scheme of Thing’ buat kesekian kalinya oleh Muhyiddin dan PN untuk pecah dan perintah Ahli-Ahli Parlimen BN dengan mendapatkan 10 SD yang jelas berniat jahat dan bertentangan dengan Akta Anti Lompat Parti.

5. Dengan keengganan PN (73 Ahli Parlimen) untuk menyertai Kerajaan Perpaduan, maka kerajaan yang terbentuk merupakan Kerajaan Gabungan Parti-Parti Politik yang diketuai parti-parti teras PH-BN-GPS dengan sokongan parti-parti lain termasuk WARISAN, GRS, PBM, KDM dan BEBAS; yang menjadikan jumlah keseluruhan 148 Ahli Parlimen dengan majoriti 2/3.

#DemiRakyat
#KestabilanDanKemakmuran