Saturday, 17 October 2020

KuLi - Genius Ekonomi

KuLi Genius Ekonomi.

1.Diputerakan pada 13 April 1937 yang berasal daripada keluarga  diraja sangat terkenal abad 18,iaitu daripada keturunan Long Yunus.


2.Melanjutkan pelajaran di Queen University,Belfast dalam bidang ekonomi .Tamat pengajian pada 1958.

3.Kuli memulakan perananya sebagai penjana ekonomi orang Malayu apabila beliau menganjurkan Kongres Ekonomi Bumiputra 1 pada 1965.

4.Hasil kongres,beliau dilantik sebagai  Pengerusi Bank Bumiputra pertama.

5.Beliau buktikan orang Melayu boleh terlibat dalam perniagaan bank yang sebelum ini dimonopoli oleh orang asing.

6.Bayangkan ,selepas 15 Tahun penubuhanya,cawangan bank telah bertambah kepada 75 buah  dalam masa sangat singkat dan kukuh .Jumlah asetnya  Rm6Billion pada 1983.

7.Lebih mengejutkan,Bank Bumiputra yang setahun jagung ini juga telah berjaya ambik alih  aset Bank-Bank lain dengan penguasaan 30-100% saham dengan nilai RM 17.9 Billion.

8.Menyedari masalah penduduk luar bandar.Kuli yang dilantik sebagai pengerusi PERNAS(Perbadanan Nasional Berhad) telah ubah suai 2 model perniagaan untuk diterapkan dalam perniagaan.

9.Model Waugh dan Guthrie di England.Selain itu,model perniagaan Boots untuk memastikan pemasaran dan pengurusan secara sistematik.

10.Langkah kedua yang dirintis Kuli ialah dapatkan hak pengurusan import dan eksport barangan dari China untuk syarikat Malaysia kerana sebelum ini syarikat Malaysia terpaksa berurusan dengan  syarikat di Hong Kong dan Singapura.


11.Kuli juga telah membuka peluang perniagaan Pernas dengan terokai iaitu insuran,sektor pembinaan,projek hartanah,pembekalan,pelaburan dan bekalan.Ini merupakan sektor yang kurang diceburi oleh kaum Melayu.


12.Pada 17 Ogos 1974,beliau menubuhkan Petronas (Petroleum Nasional BHD) dibentuk untuk monopoli  semua urusan petroleum di Malaysia.

13.Kuli berjaya memimpin Petronas sehingga mampu bersaing dengan syarikat asing seperti Shell,Esso ,Caltex,British Petroleum dan Mobil.

14.Hebatnya Kuli,menyebabkan presiden Ford dari Amerika Syarikat mendesak Tun Razak memecat beliau kerana dasar Petronas yang dilaksanakan Kuli merugikan syarikat asing.


15.Sejarah ketokohan ekonomi Kuli dapat kita lihat apabila beliau tubuhkan Fleet Holdings yang membantu perniagaan dan kepentingan bumiputra.

16.Syarikat ini berjaya rampas pemilikan  akhbar yang diterbitkan di Malaysia tetapi dimiliki Britain dan Singapura.Serta memiliki penguasaaan teknologi Telekomunikasi.


17.Paling tepat dan jujur,Kuli menyedari hakikat bahawa parti politik tidak harus terlibat dalam perniagaan.Lantaran itu belia melantik pemegang amanah dalam Fleet Holding.


Ini adalah sejarah kemuncak perniagaan bumiputra yang dianggap mercu kejayaan anak muda menguruskan perniagaan dalam pelbagai sektor yang tidak pernah diceburi.Sampai sekarang jasa Kuli masih kita rasai dan berdiri sama tinggi di puncak Dunia.


Azhar Kamaruzaman
Anak Watan Gua Musang