Keterangan bercanggah, Syed Saddiq akan dipanggil semula.
Kajang 30 Januari - Keterangan YB Syed Saddiq pada 6 November 2019 dipersoal peguambela tertuduh Tuan Logen Narayanan apabila bercanggah dengan laporan Polis yang dibuat pada 16 Febuari 2019.
Dalam laporan Polis yang dibuat Menteri Belia dan Sukan itu pada 16 Febuari 2019, Syed Saddiq menyatakan beliau telah dicekak dengan ganas dileher namun dalam keterangan pada 6 November 2019 Syed Saddiq menyatakan tertuduh Wan Muhammad Azri atau dikenali Papa Gomo mencekak bahu dan leher beliau.
YB Syed Saddiq juga bersetuju dengan peguam tertuduh yang beliau membuat laporan Polis sebelum melihat video insiden kejadian dan sewaktu memberikan keterangan pada 6 November pula beliau telah melihat video tersebut.
Dalam pemeriksaan balas peguambela tertuduh, YB Syed Saddiq juga gagal mengingati kenderaan yang dinaiki pada malam sebelum insiden kejadian dan YB Syed Saddiq juga tidak ingat siapa yang memandu kenderaan tersebut menuju ke apartment yang beliau bermalam.
Logen Narayanan peguam tertuduh dalam soal balas bertanyakan kepada YB Syed Saddiq berapa orang yang bermalam bersama-sama beliau dan YB Syed Saddiq menjawap tidak ingat siapa dan berapa orang yang bermalam dengan beliau.
Mahkamah juga terhenti beberapa minit hari ini bagi memberi peluang YB Syed Saddiq menggunakan kalendar melalui talifon bimbit nya untuk mengingati tarikh laporan Polis yang beliau buat keatas tertuduh setelah YB Syed Saddiq gagal mengingati tarikh laporan Polis dibuat.
YB Syed Saddiq dalam jawapan balas nya bersetuju dengan peguambela tertuduh bahawa tidak meletakkan tarikh kejadian dan juga tidak meletakkan tempat kejadian dalam laporan Polis yang dibuat.
Perbicaraan kali ke empat hari ini ditangguhkan kepada 4 & 6 Mac 2020 dan akan memanggil semula YB Syed Saddiq bagi disoal balas pihak peguambela tertuduh.
Tertuduh Wan Muhammad Azri diwakili peguam Tuan Logen Narayanan, Tuan Nik Saiful, Tuan Fadhly dan Tuan Zambri mat Isa, Tuan Izwan dan Tuan Jayaseelan
sumber @PapaAzri/PapaGomo
sumber @PapaAzri/PapaGomo